//super awesome !
O W N E R




Diaries Owner Linkies Dream

Hello peeps ! Welcome to my super awesome blog.


L O V E S

!


C R E D I T S

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Amelia Shafiqah
Others:   


Happy New Year 2014

Assalamualaikum pembuka bicara, salam dihulur tanda mesra. Cewah bermadah kata pulak.
Okay straight to the point. I just want to wish Happy New Year.
Welcome 2014, Goodbye 2013.
Selamat tinggal tahun 2013. Tahun yg banyak meninggalkan kenangan manis dan kenangan pahit yg sudah pasti tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila.


Family yg sentiasa bersama aku, memberi kata-kata semangat kepada aku sepanjang peperiksaan SPM, sentiasa ada tatkala aku terjatuh dan sentiasa menghadirkan kenangan-kenangan yg baru. Tanpa mereka, siapalah aku. Ayah dan mak sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada aku sepanjang peperiksaan SPM. Sentiasa melayan perangai aku yg kadang-kadang agak mengada ni. Sentiasa memberi wang untuk aku membeli buku-buku rujukan yg diperlukan untuk peperiksaan SPM. Kenangan bersama keluarga di Lost World of Tambun takkan aku lupakan. Walaupun kami bercuti di tempat yg dekat je, tidak mengapa. Janji kami tetap melakukan aktiviti bersama-sama. Eh eh, rasanya ada je pergi jalan jauh-jauh. Tak silap aku pergi Terengganu. Terengganu tempat paling best dan awesome ! Takpe, tahun 2013 jalan-jalan di tempat yg dekat je. Manalah tahu tahun 2014 jalan-jalan kat tempat yg jauh ke. Aku faham, ayah sibuk bekerja. Apa-apa pun aku sayang family aku selamanya. Takde siapa pun boleh ganti mereka dalam hati aku. Mereka yg pertama dan yg terakhir dalam hati.

 
Tahun 2013 juga mengajar aku erti persahabatan yg sebenar. Aku bahagia dan gembira kerana memiliki kawan-kawan yg sangat memahami aku. Mereka sentiasa bersama aku dalam semua keadaan tak kira senang mahupun susah. Bersama-sama menempuh alam persekolahan yg penuh dgn dugaan dan cabaran selama 5 tahun. Belajar bersama-sama, buat kerja kursus bersama-sama, pergi lawatan bersama-sama, buat kerja gila bersama-sama, rehat bersama-sama, last revision bersama-sama, tidur sewaktu qiamulail bersama-sama. Semuanya bersama-sama. Kenangan itu takkan pernah aku lupakan. Harap-harap sambung belajar pun di tempat yg sama. Tapi kalau tak dapat tempat yg sama, kita still contact okay. Jangan sesekali lost contact tau. Semoga persahabatan kita kekal selama-lamanya hingga ke anak cucu cicit. Kepada Iffah, selamat mengharungi dunia PLKN. Wirawati Negara ! Kita sayang korang semua sampai bila-bila. InsyaAllah mereka akan menjadi kawan aku selamanya.

 
 
Semoga tahun 2014 mendatangkan lebih banyak lagi kenangan-kenangan yg manis. Tahun baru, azam pun mesti baru. Semoga aku dan rakan-rakanku memperoleh keputusan yg cemerlang di dalam peperiksaan SPM. InsyaAllah.
 
 


 
SELAMAT TAHUN BARU 2014 !